Selamat Melangkah ke Alam Persekolahan

4 Januari 2012. Mursyid mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Bukit Ridan. Lepas ni kena bangun awal pagi, mandi, solat subuh dan bersiap memakai pakaian seragam dan bertali leher (budak darjah 1 pun kena pakai..kesian kat budak). dan kemudian ke sekolah. Mursyid masuk kelas 1 Bestari. Hari pertama kami hantar nampak diam je. Tapi takdelah menangis. Mungkin dah biasa dengan sekolah semasa pra.

Hari pertama Mursyid beli Mi Goreng dan Ayam Goreng. Katanya ayam goreng tu tepungnya sedap. Harga sepinggan mi goreng dan ayam RM1.50. Hari kedua kami bagi RM1.00. Nak bagi dia berjimat sikit. Bila cek duit masa balik ada baki lagi 70 sen. Bila tanya makan apa Mursyid kata dia makan nugget je. Bila tanya kenapa tak beli mi atau nasi Mursyid jawab Semua mi dengan nasi ada ayam atas dia. RM1.00 tak cukup. Mursyid jawab dengan muka macam nak menangis. Lepas hari tu aku suruh En Isteri bagi duit lebih sikit. Biarlah dia makan nasi/mi goreng lauk ayam hari-hari. Kesian pulak. Dulu 30 sen dan cukup untuk ke sekolah. 20 sen untuk Mi Calong dan 10 sen untuk air sirap. Sekarang RM1.50 belum tentu cukup untuk belanja.

Petang Mursyid akan ke KAMUS. Sekolah agama petang. Apa nama penuh dia pun aku tak ingat. Hari pertama Mursyid mengeluh penat. Lepas solat Maghrib dia nak tido katanya. penat sangat. Aku pesan kat En Isteri jangan tanya dia penat ke tak. kadang-kadang psikologi je penat ni. Bila orang tanya penat baru akan rasa penat. Padahal kalau biar OK je. Sekarang kalau dah balik sekolah petang pun boleh main bola lagi. Cuma malam kena tido awal. Lepas Isyak kena tido dah. kalau tidak lambat bangun pagi. Ayat biasa lepas isyak. 'Cepat tido.. esok nak skolah.. tak tido abah rotan..."

Cuti-cuti Malaysia 2011

Sempena cuti kali ni kami mengambil kesempatan untuk membawa tentera-tentera kami bercuti. Setelah merancang strategi akhirnya aku come out dengan plan 3+1. Lokasi percutian ialah di Colmar Tropicale Bukit Tinggi. Tetapi mengenangkan hajat nak bawak En Isteri makan di Kedai Ikan Patin Pak Usop kat Temerloh masih belum tercapai maka perancangannya on the way ke sana singgah di situ terlebih dahulu bagi makan tengah hari. Satu lagi hajat di hati yang belum tercapai ialah untuk membawa anak-anak aku ke Kuala Gandah, Lancang untuk melawat gajah-gajah di situ. Jadinya on the way balik aku plan untuk singgah di situ. Alhamdulillah semua plan berjaya diexecute dengan jayanya.
Colmar tempatnya cantik. Tapi makanan agak kureng confident sikit kehalalan toyyibannya. Kami bawak dapur sendiri. Tapau ikan patin pak usop dan nasi dan panaskan untuk makan malam.
Rabbit Farm. Ada banyak rabbit. kena naik shuttle bus untuk ke sini. 
Kolam ikan dan Swan. Dekat hotel je. 
Japanese Village. Pun kena naik shuttle bus memanjat ke puncak bukit. adventurous gak. Tapi Japanese Village ni dalam proses renovation. So takde menda yang menarik sangat.
Kuala Gandah. Budak-budak memang exitedla tengoh makhluk besar ni. Aku sampai sebelum pukul 12. Takde orang dan takde gajah lagi. Rupanya aktiviti start pukul 2 petang. So kena tunggula.
Orang dah start ramai. yang memang stay kat sini anak gajah je. Gajah  besar dalam hutan belantara. Pukul 2 baru Mamut (pelatih gajah) dia amik dan bawak ke sini untuk pertunjukan

Raya 2011


En Kambing

Menziarah kandang kambing di Sg Soi kerana mengikut untuk menguruskan kambing untuk dibuat akikah dan jamuan seorang rakan iaitu En Dol . Turut serta member En Dol selaku tukang sembelih yang memang telah diijazahkan untuk menyembelih. Pisau sembelih dia saje berharga RM350 yang ditempah khas. Katanya pisau itu hasil campuran dari 7 jenis besi. Kalau kita yang tak tau pasal pisau ni beli je kat supermarket dengan harga RM10.

Kambing import.. aku tak tau nama dia


Kambing boer rasanya nama dia

Kambing En Dol sedang nazak

Memburu Galah di Sungai Belat

Jeti Sungai Belat. Jalan masuk sebelah Sekolah Bunut Rendang

Senjata. 4 batang jorang. bersama peluru2

Otai Pekan. Shahrol Azmi. berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang  memancing

Tuan tanah bersama hasil tangkapan.

Rakan-rakan seperjuangan di subuh hari

Hasil. besar ni biasanya kategori gred C

Hasil lagi

Simpanan Emas

Beberapa tahun lepas masa ada duit saving sikit aku tercari-cari cara untuk saving dan pada masa yang sama mengembangkan duit saving tersebut. Mula-mula aku terjumpa dengan Public Mutual. Siap amik exam dan jadi certified dealer lagi. Tapi kemudian currency jatuh sikit dan amik masa dekat setahun jugak nak pulih. So lepas 3 tahun duit investment aku baru dapat untung dekat RM1000.

Tahun lepas aku terjumpa pasal Public Gold. After buat sedikit study aku tengok prospek gold ni lagi tinggi. Yang paling menarik dia berlawanan dengan pasaran dan currency dunia. Kalau ekonomi down harga gold akan mencanak naik. Akhirnya Februari tahun lepas aku try beli Public Gold 50g. After setahun aku dapat keuntungan RM1000...Wah ini dah menarik. lepas tu aku buat study sikit lagi harga gold dalam tempoh 10-20 tahun. So memang graf dia boleh dikatakan sentiasa menaik. So kemudian aku join seminar gold yang disampaikan oleh Sifu Shukor Hasyim kat Seri Malaysia Kuantan. Seminggu lepas tu aku amik keputusan untuk jadi dealer..

Gold macam gambar kat atas tu aku beli dengan Harga RM6220 pada Februari 2010. Sekarang harga dia RM9316 dan dijangka akan naik lagi. Bayangkan dalam tempoh setahun lebih beza harga ialah RM3096. Memang berbaloi..

Jenglot

"Nanti dulu.." kata ustaz tu masa aku berkira-kira untuk bangun. Ustaz itu membaca serapah dah berupaya mencabut 3 ekor jenglot dari telinga belah kiri aku.. Seterusnya ustaz itu suruh aku baring dan dari setiap ruas tulang belakang aku dia berjaya mengeluarkan jenglot lagi..seekor demi seekor... segera badan aku terasa ringan dan segar..'...

"Bang..bangun...subuh dahh...".. aku terpisat-pisat. segera teringat mimpi tadi dan tersenyum.. kesan berulang Muadzam-Gambang setiap hari memang terasa.. lenguh satu badan.. dan sebelum tidur semalam aku mengarahkan tentera-tentera kecil aku untuk pijak belakang aku.. berebut2 pijak... lepas dipijak barulah rasa lega..